5.1.12

Kalau Tak Tahu Memasak, Sila Tengok Sini




Buku ini saya beli di Popular, Tesco Alor Setar. Harganya RM 39.90. Harga bukan persoalan kerana saya bayar dengan menggunakan baucer buku 1 Malaysia. Habis RM 100 untuk anak-anak dan isteri. 

Berbalik kepada buku Chef Hanieliza, pertamanya,  kepada yang selalu putus idea untuk memasak, inilah buku yang paling sesuai. Resepinya biasa-biasa saja. Kebanyakkan resepinya adalah masakan yang biasa kita masak sehari-hari di rumah. Namun itu bukanlah kekurangannya. Sekurang-kurangnya boleh dijadikan panduan kalau anak-anak tanya "kita nak makan apa hari ni bu?". 365 resepi untuk setahun. Banyak tu makcik...

Buku ini dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk memudahkan kita. Ada bahagian masakan ayam, daging,  makanan  laut,  masakan barat, mi, pelbagai jenis nasi dan kuih-kuih untuk hidangan petang.Pendek kata penyusunannya memang memudahkan kita untuk mendapatkan idea supaya dapur kita kekal berasap. 


Saya baru selesai memasak mengikut resepi di dalam buku ini. Hari ini saya masak Ayam Golek (halaman 22). Boleh tahanlah untuk tukang masak suku profesional seperti saya. Resepinya biasa-biasa saja. Mak saya di kampung selalu masak ayam golek seperti ini. Main campak-campak saja. Selepas ini saya ingin mencuba resepi mi calong, sejenis makanan yang hanya boleh didapati di Beserah, Kuantan sahaja. Entah bagaimana rupa mi calong saya nanti.


Apa yang membuatkan ghairah saya untuk memasak membuak-buak adalah paparan gambar masakannya. Memang meleleh air liur. Memang tak tahan. Saya percaya melihat gambarnya saja sudah cukup untuk membuatkan kita mencapai sudip dan kuali untuk mencuba resepinya.


Memang ramai yang kurang cekap memasak. Kalau sudah tahu tak pandai, belajarlah. Sekarang ini berbagai buku resepi dijual di pasaran. Kalau masih segan nak membelek buku, pelbagai laman menyediakan panduan resepi. Klik sajalah. Kalau masih malas jugak, tak tahu nak kata apa. Kalau dah malas tu malas jugak...Kahwin saja dengan mamak kedai tu. Habis cerita.

Tiada ulasan: