31.7.09

Sehari Semalam Orang Melayu

Ada sarjana Barat mengatakan bahawa orang Melayu tidak pernah mempunyai konsep warna dan waktu. Pada pemerhatian dan kajian saya, orang Melayu sebenarnya satu masyarakat yang mesra alam. Mereka gemar membuat perbandingan antara kegiatan sehariannya dengan alam semesta. Konsep warna dan waktu tidak dilambangkan dengan satu istilah khusus. Kita perhatikan catatan d bawah : Dinihari : antara jam 2.00 pagi hingga 4.00 pagi Fajar : 4.00 pagi Terang tanah : 5.00 pagi Hari terbang lalat : 5.30 hingga 6.00 pagi Pagi hari : 4.00 pagi hingga 9.00 pagi Hari belum tinggi : 9.00 pagi Rembang tengah hari : 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari Terpijak matahari : 12.00 tengah hari Lohor : 12.00 tengahari hingga 3.00 petang Tergelincir matahari : 1.00 petang Tengah turun : 3.00 petang Matahari sudah mengayun : 4.00 petang Rembang petang : 5.30 petang Asar : 4.00 petang hingga 6.00 petang Senja raja : 6.30 petang Senjakala : 6.00 petang hingga 6.30 petang Senja buta ayam : 6.00 petang Larut malam : 11.00 malam hingga 12.00 tengah malam Tengah malam : 12.00 tengah malam hingga 2.00 pagi Konsep waktu melayu hari ini tidak sama dengan konsep waktu Melayu dulu.Anak-anak dilarang pulang lewat hingga senja. Sekarang ini anak-anak muda akan mula keluar bergentayangan sewaktu senja menghampir. Fikirkanlah.

Tiada ulasan: