20.7.09

Persembahan seterusnya.

Petang tadi budak-budak aku datang mai buat latihan dengan jurulatih depa. Sapa lagi kalau bukan Pak Ku..! Hari Khamis ni 23 Julai kami akan ke SMK Tunku Bendahara untuk buat persembahan sempena Hari Anugerah Cemerlang sekolah tu. main depan Tunku Bendahara woo..tapi frust sikitlah pasal petang tadi 2 orang pemain utama kami tak hadir latihan. Ada masalah kot. Tapi takpa...hari Selasa ni depa tiga kena pulunlah..Kami main join dengan student ko-kurikulum Universiti Utara Malaysia.Bentuk persembahan aku pun takdak idea nak main lagu apa. Kumpulan B dah ada kemajuan. Depa aku reserved untuk tahun depan. First persembahan depa pada Hari Anugerah Cemerlang kat sekolah kami sendiri. Tengoklah nanti. Mesti meletup budak-budak ni main.

Tiada ulasan: