16.7.09

Sekolah Cina

Jiau Jiau Sieh Huey, Siau Yuo Huey dan Dong Jiao Zong.Inilah tiga nama yang selama ini membantu menyuburkan sekolah Cina di Malaysia. Walaupun tajuk ini agak lari dari isi blog aku, tapi aku rasa terpanggil untuk mengongsi apa yang aku baca. Sehingga sekarang terdapat 1290 buah SJK(C) di seluruh negara. Banyak angka tuuh..60 buah pula adalah Sekolah Menengah Persendirian Cina dan 3 buah IPTS aliran Cina.Menderma kepada sekolah Cina sangat dipandang mulia dalam masyarakat Cina. Baru-baru ni aku ke sebuah sekolah cina. Dalam kunjungan itu, aku terpaku melihat dewan aktiviti mereka yang aku rasakan paling besar di daerah(tak boleh nak banding Dewan Wawasan, itu kerajaan punya).Pendidikan dianggap sebagai cukai kedua yang wajib dibayar.Pengalaman aku di Sekolah Cina di KL dapat aku ambik untuk kita renung bersama. Di mana letak duduk waris-waris Sekolah kebangsaan (Sekolah Melayu la tu)....?mintak derma sikit pun jenuh nak bagi. Pastu tulis dalam suratkhabar. VCD cetak rompak di rumah tu kalau disusun boleh buat hantaran kawin Sultan Mahmud kepada Puteri Gunung Ledang. Orang lain sibuk buat perpustakaan di rumah...depa? Duk sibuk buat koleksi VCD.Akademi Fantasia kalau diberhentikan siarannya aku rasa boleh berlaku rusuhan kat puak-puak ni.Takdak keje lain. Bangsa lain duk sibuk himpun reta, himpun tanah..bangsa kita duk sibuk apa tak tau... Sorila no....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

HAAAA.............
terbuka bijik mata orang Melayu...
kalau sedar la...
yuran sekolah jenoh cikgu dok habaq kat anak-anak....
pakai kereta mengalahkan bapak menteri...
parking depan sekolah nak ambik anak ..cikgu yang guna kancil dan proton nak lalupun dah tak endah..