30.7.09

Seterusnya dipersembahkan... Jangan lupa untuk menyaksikan persembahan kami di Jitra Mall pada 1 Ogos nanti. Kami dijemput oleh Kraftangan Malaysia sempena Promosi Kraf Malaysia. Kami diundang untuk membuat persembahan di pentas Jitra Mall pada jam 3.00 petang nanti. Sehari sebelum itu, Kumpulan BAKAT Tari kami akan turut membuat persembahan di tempat yang sama. Tunggulah kemunculan kami yang pastinya akan menimbulkan suasana yang penuh misterius. Bakat anak-anak ini kalau diasah dan dilatih dengan cara yang betul pastinya membuahkan hasil. Apapun komitmen sahabat-sahabat yang begitu tinggi banyak membantu menaikkan nama kumpulan BAKAT SKSAT. Apapun..jangan lupa temujanji kita di pentas Jitra Mall pada 31 Julai dan 1 Ogos nanti...

Tiada ulasan: