1.8.09

Persembahan di Jitra Mall petang tadi berlangsung dalam suasana yang cukup meriah. Persembahan mereka mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Ini satu pendedahan yang cukup bermakna buat anak-anak seni SKSAT. Persembahan ini adalah satu langkah untuk memberi keyakinan dan keberanian dalam membuat persembahan di khalayak.Dalam seni persembahan, salah satu aspek yang penting ialah keyakinan. Sesungguhnya anak-anak caklempong mempamerkan tahap keyakinan yang tinggi.Insyaallah...semua yang manis ini akan berulang di masa-masa mendepan. Apapun sokongan dan bimbingan semua pihak adalah amt diharapkan demi memajukan lagi Kumpulan Kebitaraan Caklempong SK Sultan AHmad Tajuddin.

Tiada ulasan: