21.8.09

Sejarah Cak Lempong

Muzik tradisional caklempong dikatakan telah dibawa ke Tanah Melayu oleh masyarakat Minangkabau dari Sumatera Barat yang menetap di Negeri Sembilan seawal kurun ke-14. Masyarakat Minangkabau memanggil caklempong sebagai talempong. (Sumber: Abd Samad Idris, 1970) Di dalam tradisi terdahulu, selain daripada tujuan untuk berhibur,caklempong turut memainkan peranan penting di dalam kehidupan seharian masyarakat Minang seperti menyatupadukan penduduk setempat caklempong dimainkan semasa upacara pertabalan Sultan. Hari ini caklempong dimainkan untuk pelbagai tujuan antaranya ialah upacara perkahwinan, perasmian, keraian, muzik iringan pencak silat, tarian dan sebagainya. Muzik caklempong kini telah diterima oleh masyarakat majmuk di Malaysia sebagai muzik warisan bangsa milik semua dan bukannya tertumpu kepada Negeri Sembilan sahaja. Muzik caklempong telah diajar di institut perguruan seluruh negara dengan tujuan untuk turus menyemai semangat kecintaan kepada muzik tradisional di Malaysia. Masyarakat Minang Tarian Piring (sumber: http://laguminanglamo.wordpress.com) (sumber: http://www.pelaminanminang.com)

Tiada ulasan: