11.9.09

Apabila Orang Kota Beraya di Desa

Seiring dengan perubahan cara hidup manusia dan ilmu yang semakin lama semakin dapat dicernakan kedalam kehidupan manusia, begitu jugalah perubahan budaya hidup manusia kini. Cukup sahajalah kita bincangkan budaya di negara kita, walaupun tidak terlalu jauh perbezaannya tetapi sudah nampak kepincangannya. Mementanglah nak raya (aidilfitri), mula nak cerita pasal raya eh ? Yalah memang nak cerita pasal raya pun, kalau tak raya kemungkinan di kampung-kampung tu kosong je. Hanya tinggal golongan orang lama yang sudah berusia di kalangan ibu bapa. Macam mana dengan orang muda? Orang muda sudah membawa diri mengikut perubahan zaman dimana mata pencarian mereka mengikut kemahiran atau jurus ilmu yang dipelajari hanya ada dibandar! Maka generasi berikutnya (anak-anak) dibiasakan dengan kehidupan dibandar . Malah lebih malang apabila sukar untuk dibawa berubah angin seketika di kampung. Antara ayat tutur kata dari mereka, “Pa, tak best la raya kat kampung. Boring la. Takde game, takde astro“ "pa , tak best la ...nyamuk banyak" Tidak sampai setengah hari, sudah cukup membayangkan kesukaran mereka menyesuaikan diri di kampung. Kalau kita sudah pasti tidak melepaskan peluang tersebut. Apatah lagi dengan aktiviti-aktiviti yang biasa dianjurkan dikampung-kampung seperti munjung, marhaban dan sebagainya. Alhamdulillah, anak-anak aku sudah dibiasakan dengan suasana kampung. Pada mulanya agak sukar juga hingga jakun nak pijak tanah . Tapi sekarang ni pantang sebut kampung mula dok tanya bila nak balik . Yalah dah berapa kali jatuh parit dan berendam (he3). Tiba-tiba teringat zaman budak-budak dulu, mandi sungai tak ingat dunia, terjun tiruk sambil berbogel . Kamu bagaimana? Tentu ada pengalaman yang mungkin boleh berkongsi bersama!

Tiada ulasan: