15.9.09

Ibuku Menanti...

Ketupat Pulut ( Ttupak Puluk)

bahan-bahan
2 cawan beras pulut [basuh dan toskan)
8 cawan santan [1 biji kelapa]
garam secukupnya
daun pandan disimpulkan
kelonsong ketupat

Cara
1. Toskan pulut dan masukkan dalam kelonsong sehingga penuh. Buat sehingga habis pulut.
2. Panaskan santan, daun pandan dan garam sehingga mendideh.
3. Masukkan ketupat yg berisi beras dan kacau sekali sekala.
4. Biarkan sehingga santan kering dan angkat ketupat dari periuk dan gantungkan.
5. Bila cukup sejuk barulah dipotong dan hidangkan ikan panggang.
6. Kalau suka boleh digoreng dengan minyak terendam. Garing dan lemak..

——————————-

Beras pulut tu direndam.lepas tu di kukus.
selepas masak tu campurkan santan yg dimasukkan dgn garam.Lepas gaul rata kukus sekali lagi. Lepas itu baru bungkus dgn daun palas. Bila dah siap,  rebuskan ketupat tadi. Ini resepi mak aku. 
 __________________________________________________________________________
 Nasi Dagang Terengganu

Bahan-Bahan:
Bahan-Bahan Untuk Membuat Nasi Dagang

3 Cawan Beras Siam
1 Cawan Beras Pulut
2 Cawan Santan Cair
2 Cawan Santan Pekat
4 Ulas Bawang Merah(dihiris halus)
1 Inci Halia(dihiris halus)
Sedikit Alba
Garam Secukup Rasa
Bahan-Bahan Untuk Membuat Kuah Nasi Dagang Terengganu

1 Ekor Ikan Tongkol(dikukus)
1 Mangkuk Santan
2 Sudu Besar Rempah
10 Ulas Bawang Merah}
1 Ulas Bawang Putih }
½ Inci Halia } Dikisar
½ Inci Lengkuas }
3 Keping Asam
5 Sudu Besar Cili Giling
Sedikit Cili Padi
Garam,Perasa Ajinomoto dan Manisan(Gula Melaka) Secukup Rasa

Cara-cara Membuat Nasi Dagang:

Beras dan beras pulut yang telah direndam selama 6 jam ditoskan dan kemudian dikukus selama 1/2 jam.Angkat dan masukkan santan cair serta digaul rata dan dikukus sekali lagi hingga masak.Angkat dan masukkan santan pekat,alba,bawang merah,halia dan garam secukup rasa.Bahan-bahan ini kemudiannya digaul rata.Nasi Dagang Terengganu sudah siap dimasak dan sedia dimakan.

Cara-cara Membuat Kuah Nasi Dagang Terengganu:

Kacau santan hingga mendidih.Kemudian masukkan cili giling,bahan-bahan yang dikisar,rempah dan asam keping.Kemudian,masukkan ikan yang telah dikukus serta cili padi.Biarkan ia mendidih dengan api yang perlahan.Kemudian,masukkan garam,perasa Ajinomoto dan manisan secukup rasa.Biarkan kuah itu menjadi agak pekat.Kemudian,kuah sedia dimakan bersama-sama dengan Nasi Dagang Terengganu
Cadangan Hidangan:
Hidangan ini boleh dihidangkan untuk 8 orang
Tambahan:
1.Lebih menyelerakan dimakan bersama dengan acar timun
2.Bagi mereka yang tidak makan ikan tongkol,mereka boleh menggantikan ikan kembung
3.Gulai ayam dan gulai daging juga boleh dimakan bersama-sama dengan Nasi Dagang Terengganu

Tiada ulasan: