4.9.09

Irama dan Form

IRAMA DAN FORM Rentak lagu caklempong biasanya bermeter dupel. Pergerakan irama dalam baris melodi biasa terdapat pada peringkat krocet, kuaver atau semikuaver sementara bit jatuh (downbeats) utama dimainkan pada peringkat krocet. Bentuk atau form dalaman sesebuah Iagu biasanya berbentuk bahagian dengan ulangan frasa melodi Seperti yang dapat dilihat pada Contoh I yang mewakili bahagian pertama lagu yang panjang, bentuk dalaman terdapat pada dua bahagian yang berbeza,iaitu bahagian A dan B. Selanjutnya, dua bahagian dipisahkan kepada frasa seperti a, a], b, b] dan keseluruhan unit A dan B diulangi. Frasa melodi dalam lagu adalah seimbang dan simetrik. Dalam lagu Ran Kekek yang ditunjukkan pada Contoh 1, bahagian a dan b selalu muncul dalam frasa 4-bar (lihat Contoh 1, bar 4-7, 8-11, 12-15 dan 16-19). Frasa a diulangi dengan beberapa variasi untuk memberikan paduan kepada baris melodi yang difokuskan pada kord-kord I dan V (dengan penambahan pic 7). Sebagai perbandingan, kepelbagaian dapat dilihat pada frasa melodi bl dengan latarbelakang harmoni yang berbeza yang bertukar sementara pada kord IV dengan dominan ketujuh sekunder, V7/IV seperti dalam bar 15-16 dalam Contoh 1. Dalam lagu caklempong kontemporari, rentak dram ditekankan pada bit jatuh (downbeat) utama bersama-sama dengan caklempong tingkah, sementara gitar atau alat bass akan menguatkan lagi latarbelakang harmonik pada bahagian tingkah dan saua. jika alat kibord digunakan alat itu akan meniru atau mencantikkan lagi baris melodi utama bagi caklempong gereteh. Tradisi caklempong yang berkembang di Sumatera Barat dan Malaysia menggambarkan tradisi sinkretik tempatan dengan menggabungkan sistem tiunan barat, penggunaan skel diatonik, melodi-melodi tempatan dan alat muzik dari Barat dan Asia Tenggara Dihantar oleh WorldCaklempong pada Ahad, Ogos 24, 2008 0 Komentar anda katogori IRAMA DAN FORM MELODI DAN TEKSTUR Melodi dan Tekstur Melodi bagi gereteh berasaskan skel C major dan biasanya bergerak secara bertingkat. Buktinya dapat dilihat dalam transkripsi lagu dalam contoh di bawah. Disini juga menunjukkan beberapa pergerakan melodi berlompat yang wujud pada akhir frasa tertentu [ lihat bar 7, 11, 15 dan 19] Contoh lagu ikan kekek Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Pada bahagian pertama lagu ini, tingkah dan satia menghasilkan ostinato yang berterusan, iaitu rentak 4-bit dengan corak kord harmonik tertentu yang berulangan. Ostinato dikenali dengan penggunaan irarna bertitik sernentara kord harfnonik berselang-seli di antara tonik dan dorninan. Tekstur polifonik dalam muzik caklempong pada kebiasaanya membolehkan penonton mendengar hartnoni diatonik yang penuh seperti yang lahir daripada bahagian tingkah dan saua. Seperti dalam Contoh 1, kord utarna 1, - IV dan V digunakan secara menyeluruh dalam Iagu. Kadangkala kord dorninan sekunder (secondary dominant) memperindahkan lagi asas-asas harmoni (Iihat Contoh 1, bar 15). Dalam contoh ini, penambahan yang selalu yang digunakan adalah pic 7 pada kord dominan ( lihat contoh bar 4,6, 8, 10, 14 dan 18) Penggunaan kord dipinjam daripada muzik barat dan ditarnbah atau dimasukkan ke dalam melodi ternpatan. Kebanyakan struktur kordal dimainkan dalam kedudukan menyongsang (inverted chords) supaya kord jarang didengar pada kedudukan perdu. Teknik gubahan ini sering memberikan penekanan kepada baris melodi yang dimainkan oleh gereteh. Teknik ini juga menghilangkan rasa harmoni yang fungsian (functional) seperti yang biasanya didengar dalam muzik klasik Barat pada abad ke 17-19 dan juga muzik pop hari ini.

Tiada ulasan: