17.9.09

Kad Raya Tradisional


Apabila melihat posmen menghantar surat, terimbas nostalgia kenangan zaman remaja dahulu. Zaman di mana kad raya menjadi sesuatu yang ditunggu-tunggu kehadirannya. Perasaan menerima kad raya dari tangan abang posmen adalah satu perasaan yang hingga ke hari ini sukar untuk aku mengertikan. Zaman sekarang sudah berubah. Kad elektronik mengambil tempat kad raya konvensional. Di mana-mana di ruang siber ini, kita boleh memuat turun beraneka ragam kad raya. Apa yang membezakan kad konvensional dengan kad siber ini adalah perasaan yang dilampir bersekali dengan kad itu. Kita boleh menghantar berapa banyak kad pun melalui FB, Tagged, dan sebagainya namun apakah perasaan kita seikhlas perbuatan itu? Tepuk dada tanya diri masing-masing. Tulisan tangan yang comot berserta tandatangan pengirim merupakan keistimewaan kad raya tradisional walaupun tidak disulami dengan lagu atau muzik. Kadang-kadang benda-benda lama lebih bernilai harganya.

2 ulasan:

kuina berkata...

dulu2 musim raya boleh gak buat keja part time cop kad raya.. la nie tak dak dah sbb org dah tak hantar kad.

nizam berkata...

tersinggah sini nak cari point untuk debat
thanks