2.9.09

Makna Merdeka

Makna Merdeka 50 Merdeka negara! Merdeka bercita! Bebas negara! Bebas bersuara! Merdeka bukan hadiah penjajah Kebebasan insan hasrat Allah. Alam ku luas, berkat Illahi Rezki ku Tuhan yang memberi Laut, gunung, sempadan tanpa ku segani Gelombang dunia berani ku layari! Kampong halaman bukan nya sauh Ingin ku menghilir merantau jauh. Di mana bumi ku pijak, di sana langit ku junjong Selagi hati berhajat, cita ku jangan di kandong. Hidup, bebas, bahagia, hasrat Allah Pantang celaka lah jika di ubah. Raja dan menteri mesti patuhi Jangan kau mungkir perentah Illahi. Rakyat negeri bukan nya kuli Untok di kerah ka sana sini. Zaman purba tak akan kembali Mungkin menteri yang di buang negri! Renungkan nasib si Idi Amin Yang Shah Pahlavi pun tak terjamin. Pemimpim negri mesti menginggati Rakyat — bukan raja — yang di daulati. Tidak ku sangka songsang Anak dagang di negri orang. Orang kita/orang sana, tidak bermakna. Takkan Melayu hilang di dunia Bukan kah itu gesa Laksmana? Urat ku mendalam di bumi asing Loghat ku pun ikut sama mengiring Sambal belacan dah berasa lain Teras ku tetap Melayu tulin! Kampong ku jauh beribu batu Begitu juga kaum sa suku Kalau di renung hati ku rindu Mengenang cerita moyang ku dulu. Anak merantua jangan diigaui Sepi perpisahan boleh dibatasi. Bebas! Merdeka! Alangkah murni! Ku peluk penuh cinta berahi!

Tiada ulasan: