4.9.09

Semuanya tentang caklempong

Caklempong tergolong di dalam kumpulan Idiofon (Idiophone) iaitu kategori alat muzik yang dibuat daripada bahan logam, kayu, buluh dan tempurung. Biasanya ia dimainkan dengan cara pukulan, hentakan, goncangan dan ketukan. Antara alat muzik yang termasuk dalam klasifikasi ini ialah gong, saron (gamelan) bonang (caklempong) kenong (gamelan) angklung, gambang, kertuk dan lain-lain. Selain caklempong yang terdapat di Negeri Sembilan dan talempong di Sumatera Barat, alat muzik berbentuk seperti gong kecil juga terdapat di tempat lain dan dikenali sebagai kyi-waing (Myanmar),Trompong (Bali) dan Kulintang (Filipina). Bonang caklempong yang berbentuk seperti gong kecil diperbuat daripada tembaga berdiameter 16cm, tinggi 8-10 cm dan mempunyai cembol setinggi 2.5cm di tengah-tengahnya. (Rujukan: Music of Malaysia, 2004). Asalnya, caklempong dimainkan mengikut skala pentatonic yang terdiri daripada notasi C, D, E, F dan G, tetapi kini telah dimasukkan kesemua notasi (Rujukan: Mohd Ghouse, 1992) Set lengkap caklempong terdiri daripada alat-alat berikut: Gereteh Gereteh terdiri daripada 15 Bonang yang disusun dalam nada C Major satu oktaf, termasuk 7 not pilihan di dalam dua baris selari (Baris 1 mempunyai 8 Bonang dan baris 2 mempunyai 7 Bonang). Gereteh merupakan melodi utama. Terdapat dua set Gereteh di dalam satu set lengkap caklempong. Gereteh Tingkah Tingkah terdiri daripada lapan biji bonang yang bermula dari not E, F, G, A, Bb, B, C dan D. Permainan Tingkah banyak tertumpu kepada pengawalan rentak dan menghasilkan irama mengikut pukulan gendang. Saua Saua juga mempunyai lapan biji bonang dan berbentuk seperti Tingkah cuma yang membezakan antara keduanya ialah cara ia dimainkan. Saua diketuk mengikut corak irama Ostinato dan bergerak mengikut kod melodi. Corak irama Ostinato yang sesuai hendaklah terlebih dahulu diajarkan kepada pemain Saua. Notasi Caklempong Tingkah dan Saua tidak disediakan, sebaliknya hanya kod blok sahaja disediakan. Notasi untuk Saua bermula dari not E rendah. Tingkah/Saua Bangsi Bangsi berbentuk seperti rekorder bersaiz 25-30 cm, notasi buluh dan mempunyai 7 lubang untuk menghasilkan 7 skala ton menyamai Gereteh. Bangsi boleh ditiup dengan kuat tanpa menaikkan tonnya. Bangsi Serunai Serunai juga diperbuat daripada buluh tetapi jauh lebih kecil daripada bangsi. Serunai berukuran lebih kurang 14 sentimeter dan hanya mempunyai 4 lubang. Serunai menghasilkan skala pentatonic menyamai 5 ton terawal Gereteh iaitu C, D, E, F dan G. Gendang Gendang atau tambor biasanya diperbuat daripada kayu nangka. Kulit yang digunakan pula ialah daripada kulit lembu atau kulit kerbau. Gendang lembu mempunyai getaran yang rendah (bass). Kedua-dua gendang ibu dan gendang anak mempunyai dua permukaan berkulit yang dipalu dengan tangan. Peranan Gendang Ibu ialah mengawal tempo dengan cara pukulan melalu. Gendang Kayu Pengetuk Kayu pengetuk Caklempong berukuran kira-kira 22 sentimeter panjang. Satu pertiga daripada kayu pengetuk dibalut dengan tali gasing supaya apabila diketukkan ke cembul Caklempong hasil bunyinya tidak terlalu nyaring. Kayu Pengetuk

Tiada ulasan: