11.9.09

Staff Room SKSAT

Apa nak cerita ye...Blog aku ni nampak macam rojak. Macam-macam ada.Yang sebenarnya blog ini tujuan asalnya untuk memaparkan serba sedikit berkaitan budaya orang Melayu kita ni...tapi kadang-kadang idea kontang jugakla. Itu yang tulis merapu aje. Apapun...tidak semsti kita melihat budaya itu semata-mata tarian dan muzik tradisional semata. Betul dak? Kat sekolah sekarang ni, ramai kawan-kawan yg duk gila berforum dlm tenet ni. Ada yg join Tagged. Ada yg seronok ngan Facebook. Ntah..takdak apa yang nak dibuat kot. Bulan puasa memang segalanya perlahan tapi suasana di staff room tidaklah perlahan malahan bertambah rancak dengan celoteh kakak-kakak aku yang tak habis-habis ceritanya. Mana yang telinga nipis memang tak boleh duduk lama-lama. Urusan berjual beli bertambah rancak apabila tinggal seminggu sahaja lagi persekolahan sebelum cuti AidilFitri. Apapun, dalam keriuahan ini sebenarnya banyak yang boleh aku ambil sebagai teladan dan sempadan. Hubungan sesama rakan sekerja sebenarnya perlu dibumbui dengan gurau senda agar kekeringan perasaan seperti dua tiga orang makhluk yang semakin hari semakin menampakkan belangnya. Ada segelintir yang seolah-olah cuba mewujudkan kasta dalam perhubungan. Kita adalah sama saja sebenarnya. Tak usahlah kita cuba untuk melawan sesama kita.. Sekian.

Tiada ulasan: