11.9.09

Upin dan Ipin. Di mana Kita?

Siri Upin dan Ipin sudah setahun diperkenalkan di TV9. Sebuah syarikat animasi tempatan, Les’ Copaque Production (LC) telah menjalankan tanggunjawab untuk memenuhi kehendak rakyat Malaysia berkenaan kartun animasi digital. Sedikit pengenalan, Upin dan Ipin adalah watak yang mula-mula diperkenalkan oleh LC setahun yang lalu merupakan adik-beradik yang hidup dalam suasana kampung. Punyai seorang nenek yang terlalu bijak memainkan peranan untuk mendidik dan seorang kakak yang bertanggungjawab untuk menjaga adik-adiknya. Apa yang membuatkan aku amat tertarik dengan animasi tersebut ialah peranan pencipta watak-watak dan peranan watak-watak yang wujud dalam animasi tersebut. Amat memberangsangkan apabila ianya bukan sahaja lucu tetapi mempunyai mesej yang amat kuat sehinggakan meninggal kesan yang dalam pada diri anak-anak. Sebagai contoh anak-anak aku terlalu meminati animasi berkenaan sehingga dapat menghafal setiap peranan yang ditonjolkan dalam setiap episod yang telah ditayangkan setiap jumaat hingga isnin jam 7 malam di TV9! Antara yang sudah menjadi ikutan seperti anak aku yang sulung pelajari puasa beserta niat puasa yang dihafal melalui siri tersebut. Animasi seperti ini lah yang perlu dipertingkatkan demi menanam sifat nilai-nilai murni dalam dunia kanak-kanak khususnya. Aku juga secara tak langsung apabila melayan anak-anak aku meminati siri animasi ini secara tak langsung. Ya secara tak langsung aku dan kau yang dewasa ini dapat menyelami dunia kanak-kanak dan dapat memenuhi kehendak psikologi mereka. Dahulu kita terlalu taksub dengan animasi-animasi dari luar negara tetapi kini kita sudah mampu mendabik dada punyai siri animasi yang patut dibanggakan sehingga mewujudkan suasana harmoni yang memang diamalkan sekian lama di negara kita. Tahniah Les’ Copaque! Harapan aku semoga semakin banyak siri-siri berbentuk ilmiah dan dapat menyerap psikologi kanak-kanak untuk mengetahui tentang sesuatu yang mereka baru kenali.

Tiada ulasan: