1.11.09

Keuntungan Bersahabat


dua sahabat baik yang sentiasa bersama

Banyak peristiwa yang berlaku seminggu dua ini membuka minda aku tentang persahabatan.Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami. Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernah kah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.

3 ulasan:

Zyma Saad berkata...

Bersahabat mmg penting demi ikatan ukhuwah.
Tapi jgn sahabat makn sahabat. Tak baik.

:)

kuina berkata...

sahabat yg baik sentiasa menemani dalam apa jua suacasa & cuaca...

kadang2 kita tak boleh jadi penasihat yg baik kpd sahabat tetapi kita boleh jadi pendengar yang baik kepadanya.

mycaklempong berkata...

pendapat yang memberikan ketenangan.Terima kasih.