6.10.09

Macam-Macam Aznil


Sepanjang aku menghanyutkan diri dalam lautan blog ini, aku kadang-kadang sedikit kecewa apabila selalu terserempak dengan blog yang ditulis dengan menggunakan Bahasa Melayu yang separuh masak. Alasan untuk menggunakan Bahasa Melayu separuh masak mungkin katanya untuk menghemat ruang. Mungkin juga untuk menjimatkan masa. Aznil Hj. Nawawi  pernah mendapat anugerah dari Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Beliau membuktikan bahawa Bahasa Melayu mampu menghiburkan setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Tak perlu beliau bercakap dengan menggunakan bahasa yang agak huru-hara. Bahasa Melayu boleh menghantar pelbagai perasaan. Kalau kurang yakin, bolehlah menonton rancangan Macam-Macam Aznil. 

Beliau mampu mengheret kita dalam pelbagai perasaan dengan menggunakan Bahasa Melayu yang biasa bukannya dengan menggunakan ayat-ayat yang bersastera ataupun berbunga-bunga. Di tangannya, Bahasa Melayu nampak begitu comel sekali. Tahniah kepada Pak Nil kita.

Tiada ulasan: