8.10.09

Malam yang Malang

Alamak...malam ni memang malam yang malang. Sekejap tadi Sabri (kawan USM) telefon beritahu yang tarikh hantar tugasan Bahasa Melayu sudah sampai ke penamatnya. Aku terkedu sebab aku ingatkan tarikh hantarnya lambat lagi.Aku sangkakan hantar pada 31 Oktober nanti. Apa yang aku terkilan sangat tu bukannya apa, aku dah siap cari bahan tunggu nak susun dan taip saja. Apalagi, dari pukul 10.00 malam sehingga pukul 2.00 ni laptop aku berasap. Tak pernah aku menaip dengan kelajuan 30 patah perkataan seminit tapi malam ni aku berjaya lakukan. Esok aku kena hantar ke USM secepat yang mungkin. Kena guna Pos Laju .Kalau lewat diterima , jawabnya 0 markah untuk aku yang cuai ni. Aku betul-betul ingatkan tarikh 31 Okt ni...

3 ulasan:

kuina berkata...

mula-mula nak gelak dulu...

pastu nak cakap padam muka..

bye........ huhuhu...

MaizaC'Joe berkata...

salam

tue lah tak peka langsung.. kt kuliah tue tak perasan lacturer gtau dateline bl kot.. mujur kwn gtau klu tak... sem dpn + 1 paper lg.. CGPA pun gedebom...

mycaklempong berkata...

biasala..hero hindustan mestilah kalah dulu. nanti ni mesti dia menang