15.10.09

Mintak duit...


Aku rasa setiap orang pernah berdepan dengan situasi yang tidak menyenangkan iaitu berdepan dengan pengemis. Aku pun kadang-kadang bila tengah makan selalu didatangi oleh pengemis. terbantut jugalah selera makan. Ada pengemis yang semata-mata menghulurkan tangan meminta duit barang seringgit dua. Hati aku yang sememangnya lembut (???) tak boleh melihat dia berjalan pergi dengan tangan kosong. Entah waktu itu dia belum makan lagi ke, macam-macam persoalan yang timbul. Bila membaca akhbar Kosmo semalam, ada dibangkitkan isu pengemis. Persoalan yang ditimbulkan oleh Kosmo, 14 Oktober 2009 adakah penjual tisu juga boleh dianggap pengemis? Mereka berjualan. Ada barang yang dijual. Ada penawaran dan permintaan. Itu memang kita tak boleh nafikan cumanya cara mereka berurusan dengan kita yang kebanyakan orang tidak boleh terima. Bayangkan kita baru hendak menyuap makanan kegemaran tiba-tiba didatangi oleh seorang budak warga asing yang berpakaian lusuh dengan lelehan hingus hijau dari hidung. Apakah perasaan anda? Itu belum lagi dikira dengan bau-bauan yang dibawanya. Aku bukanlah manusia zalim untuk mengutuk mereka tetapi itulah kenyataannya. Apapun, terpulang kepada masing-masing untuk membuat tafsiran sendiri berkenaan isu ini. Peluang untuk kita beramal terdapat di merata-rata tempat bukan hanya melalui pengemis jalanan ini. Singgahlah di masjid-masjid untuk memenuhkan tabung aktiviti masjid. Kalau pun tidak berkesempatan, bolehlah menyumbang kepada aku, salah seorang ahli fisabilillah................

7 ulasan:

kuina berkata...

apasal en3 kita sama erkkkk ... teropong ya...


dalam hati kita ada sekeping hati yang selalu bersimpati.. tak sampai hati.. membeli bukan untuk keperluan tapi dengan niat membantu... menyumbang untuk meringankan beban & inisbagai sumber rezeki bagi mereka...

tp saya selulu memberi lebih dari nilai barang itu... selebihnya anggap sedekah.

mycaklempong berkata...

eh...sama ka? tak tau la plak...

mcm tu kalu saya pun nak bisnes ngan awk.Selalu beri lebih dari nilai barang..untung oooo.

Tanpa Nama berkata...

tak suka... tak suka... tak suka...
aku tak percayakan mereka ni. Selalunya ada sindiket yang menghantar mereka ni ke tempat yang menjadi tumpuan ramai... pernah aku umpa pakcik jual minyak angin masa aku tengah makan kat stadium darulaman...dan sebulan kemudian terserempak pulak kat rnr tapah arah utara.... lu pikir la sendiri!

Zyma Saad berkata...

Sy buat amal jariah dlm senyap2....
tak suka "pukul canang" seantero dunia.....
Biar ALLAH yg Maha SATU itu shj yg tahu.......


:)

mycaklempong berkata...

Zyma Saad...kadang-kadang ada benda baik perlu kita canang supaya menjadi teladan kepada orang lain. Tanya hati.


Tanpa nama ...saya pernah jumpa di RnR Tapah sorang makcik (dlm 70 an)yang jual minyak angin..kesian kt dia. Saya beli w/pun tak perlu minyak tu.Itu mintak sedekah jugak ke?

winter_gurl berkata...

Rasanya mereka ni ada sindiket .....dibelakang tadbir ada orang merancang sindiket ini ....Lebih menyedihkan mereka sanggup mencacatkan kanak-kanak bagi meraih simpati daripada orang ramai.......sampai hati orang 2 buat begitu ......

MaizaC'Joe berkata...

Salam

PERCAYA + KEPERCAYAAN + KEIKHLASAN + SIMPATI

percaya atau tidak sebagai insan biasa perlunya ada kepercayaan.. bersedekah amal jariah perlukan keikhlasan.. jng di fikir "dalang sendiket" di sebalik... ke mana pergi yg kita beri.. simpati mungkin sudah tersemat dlm hati..

-maiza-