30.10.09

Petang semalam aku pergilah ke sebuah kedai menjual barangan membuat kek  Kedai tu terletak di hadapan stadium di Alor Setar. Tengah duk cari barang-barang tu, mata aku terpandanglah sorang hamba Allah ni. Aku pun yang peramah ni (kononnya) cubalah nak bertegur sapa. Dialognya berbunyi begini :


Aku       :         Mai dari mana?


Dia        :         Esok kat stadium.   



Aku cuba nak memanjangkan perbualan, tapi dengan muka yang tak berapa mesra, "dia" pun beredar dari situ. Aku sebenarnya peminat dia. Disebabkan peristiwa masam mencuka ni, aku dah tak berapa minat sangatlah. Siapa dia ni? Salah seorang pengacara Dekat Di Hati yang berasal dari Kedah jugaklah. Hari ni kan ada program kat Stadium Darul Aman.Boleh ke gitu?



apa kaitan gambar ni dengan cerita di atas? 


2 ulasan:

Zyma Saad berkata...

Merak di kayangan tu.....
Kembangkan ekor nak tunjuk kecantikkan yg sementara.

**Moral of the story :
Sebelum fofulur, dia ramah tamah. Selepas & sesudah fofulur dia sudah buat2 lupa.**

sabar je la. :)

kuina berkata...

harap2 kau & aku tidak sebegitu yer...

sbb sy masih teringin org belanja nasi kandaq nasmir... ngeh3x..