21.10.09

Proksemik

Proksemik ???? Apa dia hah? Kali ni aku nak cerita sedikit tentang seni berkomunikasi. Proksemik ialah kajian tentang apa yang dikomunikasikan dengan melihat cara seseorang itu menggunakan ruang komunikasinya. Manusia seperti haiwan mempunyai ruang peribadi masing-masing. Manusia mempunyai kawasan peribadi di sekeliling tubuh masing-masing. Empat zon peribadi manusia yang digunakan semasa berkomunikasi  adalah :


1. Zon mesra iaitu 15 sm hingga 46 sm.


2. Zon peribadi iaitu 46 sm hingga 120 sm 



3. Zon sosial iaitu 120 sm hingga 360 sm


4. Zon umum iaitu lebih 360 sm


Sekiranya kita ingin orang lain selesa apabila berkomunikasi dengan kita, pastikan jarak kita tidak berada terlalu dekat dengannya, kecualilah kita rapat dengannya. Amacam...boleh gitu?

1 ulasan:

kuina berkata...

takut kena H1N1 kot....