16.10.09

Ramli Panjang, Husin Pungin, Cha Gagap


Ramli Panjang, Husin Pungin, Cha Gagap...itu tiga nama yang pernah aku kenal. Cerita aku kali ni tentang nama panggilan seseorang. Kadang-kadang manusia suka beri nama pelik-pelik kepada seseorang. Tentu ada cerita di sebalik nama tersebut. Ramli Panjang tentunya kerana dia panjang? Oh...bukan. Dia suka bercakap panjang lebar. Kalau dengar dia berceloteh, mau dua tiga jam baru boleh kita potong line. Husin Pungin? Yang ini sedikit loqlaq. Dia ni dah berumur sikitlah. Tabiatnya yang suka selak kain pelikat yang dipakainya menjadikannya lebih mesra dengan nama itu. Bila dah selak tu, maknanya dia tunjuklah punggung berkilatnya tu. Itulah pungin namanya. Cha Gagap mendapat nama pasal dia ni gagap yang teramat sangat. Kalau kita dengar dia bercakap...masyaallah sampai kita jadi gagap sekali. Siap dengan mata terkejip-kejip. Letih kita yang tak gagap ni. Apapun, dalam masyarakat kita, nama panggilan itu bukanlah menghina malahan menambah kemesraan.Aku? ???Hehehehe....

2 ulasan:

Zyma Saad berkata...

Nama timangan atau nama panggilan ni akan m`buatkan kita jadi lebih mesra dan akrab.

Sy? Rasanya takde la nama timangan seperti dlm citer ni. Masih dipanggil Zyma atau Emma.

:)

winter_gurl berkata...

QQ juga pak cik ni ...