23.10.09

Sakitnya Telinga Aku...


 gambar sekadar hiasan dan tidak kena mengena dengan petikan di bawah.

Aduh...letih telinga bila mendengar pengacara ni membuka mulut. Petang tadi ada acara rasmi di sebuah dewan di Kubang Pasu. Aku sebagai hadirin majlis tersebut tersangatlah tidak selesa bila mendengar suara salah seorang pengacara dalam majlis tersebut. Sebagai Master of Ceremony, pengacara memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran majlis. Pemilihan pengacara perlu dibuat dengan teliti dengan penekanan kepada aura individu, kelancaran sebutan dan intonasi yang sesuai. Suara mestilah asli dan tidak dibuat-buat seolah-olah ingin menampakkan sisi kejantanannya.Aspek sebutan perlu diambil kira agar audiens dapat mendengar dengan tepat apa maklumat yang ingin disampaikan. Mereka juga perlu saling berhubung dengan jawatankuasa lain agar tidak berlaku kecelaruan seperti petang tadi apabila pengacara mengumumkan pemberian cenderamata kepada tetamu kehormat sedangkan pada masa yang sama AJK tersebut berlari dari bawah dewan sambil membawa hadiah. Aduh...alangkah malunya tuan rumah.Aku bukanlah hebat sangat cuma sekadar berkongsi sedikit pengalaman dan pengetahuan. Boleh gitu...?

4 ulasan:

Zyma Saad berkata...

Emcee yg m`bosankan pasti acara atau program pun akan turut jd bosan. Boleh tidoooo.....
Huhuhhhuhuu....
:)

mycaklempong berkata...

macam mana nak tiduq kalau suara bingit terjerit-jerit...hihi

kuina berkata...

apasal tak ambik alih aja....

...>> ada gud news... nanti sms... hehehe...

mycaklempong berkata...

huh..depa tak mampu nak bayar servis saya. RM 500 sejam...

gud news....tunggu.