19.10.09

Sampainya hati engkau manusia...


petikan dari akhbar Kosmo, 18 oktober 2009

Bayi lelaki terbiar sejuk di wakaf masjid

KOTA BHARU – Kariah Masjid Telipot di sini semalam terkejut dengan penemuan seorang bayi lelaki yang sedang menangis kerana lapar dan kesejukan dibiarkan di sebuah wakaf di kawasan masjid itu.Bayi malang yang dibungkus dengan kain tudung itu ditemui pukul 8 pagi oleh sepasang suami isteri.
Semasa ditemui, bayi yang masih bertali pusat dan dipercayai baru dilahirkan kebiruan-biruan akibat sejuk diletakkan di lantai wakaf tersebut.



Aduh...air mataku tumpah lagi hari ini. Tumpah apabila membaca berita tentang pembuangan bayi. Sampai hati engkau manusia. Sesiapa yang mengetahui ada sesiapa atau dia sendiri yang nak buat bayi...tolonglah hubungi saya di emel cikgupaq@yahoo.com supaya saya boleh mengambil tindakan sewajarnya. Tolonglah manusia...

3 ulasan:

kuina berkata...

sedih la cerita/berita mcm nie...
binatang pun tahu sayang anak..

mycaklempong berkata...

yang buang anak bukannya manusia...

MaizaC'Joe berkata...

salam..

akhir2 nie banyak betul kes mcm tue.. ramai org usaha nak zuriat.. senang2 aja di buang.. tak ada hati perut..