19.11.09

6 Panduan Berjaya Dalam MLM



1. Cari kawan-kawan lama semasa belajar ke, kat kampung ke. Selepas itu ajak dia keluar minum. Apa lagi, sembanglah sampai dua tiga pagi. (sembang pasal MLM koranglah, jangan cerita bab lain sampai dia jemu).

2. Keluar meeting sampai pukul dua tiga pagi. (jangan kira suami atau bini orang. Aku galakkan korang bertepuk tampar tanda mesra)

3. Photostat cek yang korang dapat tu besar-besar. Kemudian tunjuk kat kawan-kawan korang. (biar mereka terliur meleleh)

4. Bila nak jumpa orang baru, bawalah kereta yang besar-besar. (korang pinjamlah dengan sapa-sapa pun. Baru depa percaya)

5. Putuskan hubungan dengan kawan-kawan, sedara mara. (kenduri depa jangan pergi pasal tak dapat untung apa-apa)

6. Jangan pedulikan hal rumahtangga. Biar anak-anak dengan ibu/bapanya kat rumah. (korang kan sibuk dengan bisnes juta juta)

Aku harap bolehlah korang buat ikut panduan yang aku beri. Insyaallah nanti korang dapat masuk suratkhabar bergambar depan kereta besar. Lagi hebat dapat masuk TV....Alhamdulillah.Selamat Berjaya.


2 ulasan:

Zyma Saad berkata...

Ayooooo....itu duit sgt byk. suka...suka...suka
:)

kuina berkata...

tak mo peduli lah...
tp klu nak bg duit mau la...