29.11.09

Demam

Baru balik dari KMC. Anak yang bongsu sekali demam. Ingatkan suhu tak tinggi mana, bila doktor check terkejut suhu sampai 40 celcius. Dah habis pusing satu Jitra cari klinik, habis semua tutup. Untung duduk di kawasan pinggir bandar. Kalau ada terkejut tergempar macam malam ni boleh tuju tempat yang sepatutnya. Cuba bayangkan kalau duduk di kawasan yang jauh dari pekan, mana tempat nak dituju. Hospital kerajaan? Bukan nak perlekeh tapi hakikatnya kalau dah menunggu nama dipanggil pun dah tiga jam...apa cerita. Kita yang tua takpalah boleh tahan-tahan, kalau budak-budak kesian. Pengalaman semasa musim H1N1 dulu membuat aku serik nak pergi Hospital kerajaan. Bayangkanlah kami daftar nama pukul 4.30 petang. Tunggu sampai sejam tak dipanggil-panggil walhal bukanlah ramai sangat pun. Datang balik pukul 9.30 malam, pukul 11.00 baru dipanggil. Anak kedua yang demam tu mengigil-gigil. Bapaknya mengigil-gigil jugak menahan kemarahan. Teringat iklan zaman dulu-dulu..."ini ke perkhidmatan yang cekap?"

1 ulasan:

Zyma Saad berkata...

KMC tu b`dekatan dgn k`diaman sy.
Tak jauh dah dari Taman Golf dan Taman Lumba Kedah serta Taman Malaysia DAN juga Taman Jubli (tempat b`joging dan b`santai sy. Hihihihi....

Jom kita b`joging dan b`tai-ci kat belakang Wisma Darul Aman tu.....

**Semoga anak Cikgu sihat2 hendaknya. Sy juga suka ke KMC jika tidak sihat. Lebih afdal walaupun kene bayar mahal. GH?? Hmmmmm, lambat mcm siput je...

;)