25.11.09

Huru Hara di Dapur


Untuk menghabiskan masa yang ada sehari dua ni sebelum aku ke USM, aku sekarang sedang sibuk menghuru harakan dapur rumahku. Aku tengah gila mencuba pelbagai pelbagai resepi roti dan kek. Kiranya aku tengah duk buat eksperimenlah. Orang kata kena cuba baru kita tahu. Aku dah cuba buat muffin coklat, swiss roll, custard delight cake dan pineapple cookies. Yang syoknya tu, semua cubaan aku menjadi. Sekarang ni tengah duk pikir nak try buat pizza. Sat lagi nak pi kedai Sayang kat Alor Setar nak cari bahan-bahannya. Depa kat rumah ni pun turut menjadi tukang rasa. Kalau mereka rasa, mesti semuanya sedap...nak ambil hati kot. Anak aku yang sulung nak makan pizza buatan tangan ayah dia. Apa lagi, jomlah kita ke dapur.

Tiada ulasan: