4.11.09

Jangan Curi Laki atau Bini Orang

Kajian LPPKN (2004) menunjukkan 12% perceraian berpunca daripada orang ketiga. Tindakan memutuskan silaturahim antara suami isteri diperuntukan sebagai suatu kesalahan jenayah dalam Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah setiap negeri.

 Seksyen 36 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 - Akta 559 memperuntukan denda sehingga RM 5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali dan mahkamah boleh memerintahkan perempuan itu supaya kembali kepada suaminya jika "mana-mana orang yang memujuk lari seseorang perempuan bersuami atau membawanya keluar dari atau dengannya apa-apa cara mempengaruhinya supaya meninggalkan kediaman suami isteri yang ditentukan oleh suaminya adalah melakukan suatu kesalahan".

Maka, berhati-hatilah jika kamu menyimpan perasaan terhadap suami atau isteri orang. Gatal Jahat sangat bunyinya jika dipenjara hanya kerana mahu mencuri suami/isteri orang. Boleh gitu?



                                           Ulat bulu jantan ke betina ni?
                 

2 ulasan:

Zyma Saad berkata...

Kelakar tajuk kali ni.
Macam2 adooo....

:)

MaizaC'Joe berkata...

semuanya berbalik pada asasnya kan...