6.11.09

Kugantung Nostalgia Pada Sebuah Jelapang Usang

Hujan yang turun tak berhenti dari pagi hingga ke petang Jumaat ini memberikan hawa yang amat dingin. Seusai hujan berhenti menumpahkan manik-manik halusnya, aku keluar ke laman depan untuk menghirup aroma hujan yang begitu menenangkan. Mata tertancap pada atap nipah pondok usangku yang sekian lama rosak dibaham angin kencang. Aduh, teringat aku pada tuan empunya pondok yang asalnya adalah sebuah jelapang padi yang menyimpan banyak sejarah. Aku melihat jelapang itu lebih kepada peninggalan arwah Tok Long Umar yang telah pergi dengan meninggalkan seribu macam cerita orang tua yang lelah dan sepi dengan kehidupan. Masih terbayang bagaimana Tok Long memanjat rangka jelapang itu yang aku bawa dari kampung di Perlis untuk memasang atap nipahnya. Puas tergambar di wajahnya apabila aku memuji hasil kerja halusnya itu. Walaupun ada permintaan agar aku merobohkannya, namun aku tak mampu untuk merobohkan nostalgia sebuah jelapang yang berusia lebih 40 tahun itu...

Beginilah rupa pondokku yang sakit


 

 



6 ulasan:

Zyma Saad berkata...

Pondok yg sakit itu jika dibaikpulih pasti akan kelihatan megah dan cantik di mata kita semua.

:) Sy rasa mcm tahu je ur location nihhhh....Jitra dgn Alor Star kan dekat. Hihihihi.....

mycaklempong berkata...

Ek eleh...mcm la Jitra tu kecik sangat. Awk tak akan jumpa la lokasi saya ni...kui kui kui

Zyma Saad berkata...

Jitra tu tak besar mana pun la.
Kecik jugak....even sy membesar separuh di Alor setar dan separuh lagi di Kuala Lumpur...sy masih ingat setiap laluan di Jitra tu...
Hihihihi.....

Sy ada rumah di Bukit Indah dan Wang Tepus tu.

Jom makan Cendol Pulut kat Joe Cendol Pulut. Hahaha.....

What a small world!!!! :)

kuina berkata...

haha.. cepat la repair nanti ina nak singgah lepak sambil minum kopi.

...>> byk perubahan & pembaharuan.. gud luck yer!

mycaklempong berkata...

Zyma...

cendol tak bagus utk kesihatan. Tinggi kolestrol..
Kita pekena char kuey teow ok la gak.Nanti set masa bawak anak bernak kita lepas sesama...

Jitra x sama macm dulu la...kui kui kui

mycaklempong berkata...

Ina, proses pengubahsuaian dalam proses membuat pelan tapak. Dah siap kita wat kenduri..