7.11.09

Pertapaan Awet Muda

Teringat perbualan aku dengan seorang pakcik di Perlis.

Ada dak petua awet muda?
Begini, "hendaklah kamu berdiri di bawah pokok atau bersama pokok seawal pagi, seelok-eloknya selepas solat Subuh." 
Kenapa? 
Kata pakcik tu lagi, "Aura dari pokok yang turun bersama embun akan turut mengalir ke dalam tubuh kita. Cuba tengok ada pokok yang boleh bertahan sehingga beratus tahun. Itulah rahsianya.
Betul ke?
Pakcik itu menjawab lagi, "Tengoklah pakcik ni, tahu berapa umur pakcik sekarang?
70-an.
Pakcik itu tersengih, " Tambah lagi 20. Itulah umur pakcik.
Betul ke ni pakcik?
Sambil menggalas pam racun di belakangnya pakcik itu berlalu sambil bertanya, "kamu nampak aku ni macam orang tua sangat ke?"

Aku tersengih dan keesokan harinya aku bertapa di depan pokok di laman rumahku.
Hasilnya?
Tengoklah sendiri.


Gambar menunjukkan dua tempat pertapaan awet mudaku.







6 ulasan:

anako_latte berkata...

Salam ,

ic ...nampaknya cikgu bertapa di pokok yg salah ... ^-^ ... bunga 2 nampak mcm nak layu dah ... cari la pokok ygn besar sikit mcm bunga matahari , bunga ros n etc ...yg tinggi tinggi ...

Zyma Saad berkata...

Wahhhhh, petua awet muda ekkk.

Sy pulak selalu tgk pemandangan hijau, langit biru dan amik udara segar di kwsn joging kat belakang Wisma Darul Aman. Best gak joging dan hirup udara segar kat situ.

**Cantik pokok tu.....mem besar tanam ke?? :)

mycaklempong berkata...

anako_latte...

pokok2 tu dalam proses pemuliharaan setelah mengalami masalah pembajaan yg lari dari skema asalnya...kui kui kui

mycaklempong berkata...

zyma,
patutla saya tengok awak segar saja. awet muda plak tuh.pokok2 tu hasil tangan panas saya. tuh yg terbantut sikit tuh...kui kui kui...

Zyma Saad berkata...

Kat rumah sy di Bukit Indah, t`dapat byk pokok2 yg cantik2 dan agak pelik ditanam. Abah selalu gardening bila dia ada masa free.

Kat rumah kitaorg di Wang Tepus tu.....actually, rumah kat Wang Tepus tu Abah buat ala-ala Bali (konsep resort). Ada floating-house kat water-flow (mini river).
Byk pokok yg dia tanam....petang2 (kalau dia balik ke rumah Wang tepus) dia akan siram sendiri kesemua pokok di sekeliling rumah. Dia tak suka pembantu rumah kacau pokok2 tu.....Abah mmg suka gardening.

Rumah di Keramat, KL, pulak dia tanam pokok bunga yg biasa2 je...

Kekadang tu tak tersiram pokok2 yg ditanam tu.....huhuhuhuhu.

:) Seronok jika ada kesempatan gardening sendiri di rumah.

kuina berkata...

saya bertapa kat bawah pokok pelam...