25.11.09

Sembelih Ala Barat


Orang Barat termasuk aktivis hak asasi haiwan menganggap perbuatan
menyembelih haiwan yang dilakukan umat Islam mempamerkan sikap tidak
berperikemanusiaan kerana banyak darah tertumpah ke bumi terutama
ketika amalan korban pada Aidiladha.

Malah, ketika kempen keganasan sibuk dilancarkan oleh Barat, mereka
menggunakan alasan amalan korban ini sebagai satu daripada hujah
mereka bagi membuktikan betapa Islam mengajar umatnya menjadi ganas.

Di Barat, undang-undang mereka memperuntukkan supaya haiwan dikenakan
kejutan elektrik di kepala sebelum dibunuh, kononnya bagi memastikan
haiwan itu pengsan terlebih dulu sebelum ia dibunuh.

Selain itu, kononnya tindakan mereka itu bertujuan untuk menghalang
binatang berasa sakit sebelum ia mati.

 Apakah pandangan Barat ini benar?

Pendirian Islam mengenai apa yang boleh dimakan dan apa yang
diharamkan adalah jelas terutama membabitkan daging.

Dalam Surah al-Maidah ayat 5, Allah menyatakan:

"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging
babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari
Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan
mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang
sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala"



 

2 ulasan:

Zyma Saad berkata...

Buat korban ke Hari Raya Aidil Adha lusa ni??
:)

Selamat Hari Raya Aidil Adha. Maaf Zahir dan Batin.

;)

Zyma Saad berkata...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha.
Semoga ceria selalu.

;)