18.11.09

Sentuhan Magis - Panduan Pengucapan Umum

Entri kali ini berkaitan seni pengucapan. Mendengar juga sebahagian daripada kemahiran berucap. Menyentuh pendengar mampu meningkatkan hubungan baik. Dengan berjabat tangan, kita mampu melakukannya. Adab dan pantang larang ketika berjabat tangan adalah seperti berikut :


1. Pastikan mata kita melihat mata pendengar dan mulut kita mengukir senyuman ketika berjabat tangan.
2. Pastikan kita tidak berjabat tangan lebih daripada 2 saat.
3. Jangan "patahkan" tangan pendengar tersebut.
4. Pastikan tangan anda tidak mencengkam lebih kuat daripada pendengar.
5. Pastikan tangan anda tidak lembik seperti sotong.
6. Pastikan tangan anda kering dan panas.



Sekiranya kita mahu mempengaruhi pendengar, arahkan pendengar tersebut untuk melakukan sesuatu sambil tangan kita menyentuh sikunya. Jangan terlalu sekejap dan jangan terlalu lama. Jika ingin berterima kasih, kata-kata kita akan lebih berkesan jika kita mengucapkannya sambil menepuk bahu orang tersebut. Tepukan mestilah sesuai dan jangan terlalu kuat sehingga orang tersebut senget. Boleh gitu...?

Tiada ulasan: