21.12.09

Ada Apa Dengan Kemaman?

Esok jika diizinkanNya, kami sekeluarga akan menempuhi perjalanan 12 jam untuk pulang ke kampungku di Kemaman. Elok rasanya kalau aku cerita sedikit tentang Kemaman. Nama Kemaman kononnya berasal daripada perkataan 'kera makan maman'. Tahu maman? Sejenis tumbuhan berdaun yang biasanya dibuat jeruk dan dimakan sebagai pembuka selera. 



Sebenarnya banyak tarikan di Kemaman. Pelawat biasanya tidak menyedari akan tarikan tersebut kerana lebih ghairah untuk ke Kuala Terengganu yang lebih dipromosikan sebagai tarikan pelancong. Keropok lekor Kemaman adalah keropok lekor yang paling sedap di Terengganu berbanding keropok Losong yang lebih popular. Sebabnya? Keropok lekor Kemaman dibuat dalam skala yang lebih kecil berbanding keropok Losong yang sudah terlalu dikomersialkan sehingga mengabaikan kualitinya. 



Selain daripada itu, di Kemaman juga terdapat sebuah kopitiam yang sangat terkenal sehingga pelancong dari Singapura datang ke kopitiam ini semata-mata untuk menikmati kopi dan roti bakarnya yang sungguh asli. Jangan risau, walaupun kedai kopi ini dipunyai oleh orang Cina tetapi semua pekerjanya adalah orang melayu Islam.




Satu lagi ialah makanan tradisional masyarakat Terengganu iaitu satar. Ia dibuat daripada isi ikan dan kelapa yang dicampur rempah dan dibakar dalam balutan daun pisang. Aromanya mampu membuat kita pecah liur. Salah sebuah kedai satar yang terkenal di Kuala Kemaman ialah Restoran Aziz Satar iaitu kepunyaan bapa saudara aku. (tolong promosilah ni). Jadi, kalau ke Terengganu, jangan lupa langsung ke Kemaman di selatan Terengganu bersempadan dengan Kuantan. Perjalanan berkereta kira-kira 3 jam dari Kuala lumpur. Boleh gitu?

4 ulasan:

Zyma Saad berkata...

Salam Cikgu....

Haaaaa, ni baru la senang sy nak tinggalkan komen dan jejak bertapak.

Hihihhi....

e-mail : Zyma_Saad@yahoo.com

kuina berkata...

bwk blk tak kopok tu... hantar la sini yer.

mycaklempong berkata...

ina: insyaallah bolehlah rasa kepok kemamang.

zyma : baru jumpa tu...hihi biasalah blogger amatur.

zuwairiaiman berkata...

sata yang best.. keep up the good work from zuwairiaiman.com