30.12.09

OKU - Bukannya Kurang Upaya tetapi Kelainan Upaya

Orang kurang upaya (OKU) mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang dikurniakan Allah S.W.T.

Ini dibuktikan oleh Encik Ridzuan Ahmad, 32, Kampung Masjid Jeneri, Sik. Beliau telah membuktikan dengan usaha serta keazaman beliau mampu memajukan diri  walaupun dirinya berada dalam serba kekurangan.

Beliau yang cacat pada tangan serta kaki telah berjaya menjalankan perniagaan menyediakan perkhidmatan sistem bunyi sejak tiga tahun yang lalu dengan bermodalkan RM4,000.

Perniagaan ini adalah milikan tunggal, tetapi beliau turut dibantu oleh beberapa penduduk kampung serta kawan-kawan yang sudi menolongnya ketika proses mengangkat serta pemasangan alat-alat sistem bunyi tersebut.

Menurut Ridzuan, ‘PA system’ beliau selalunya ditempah pada majlis perkahwinan serta rasmi dan ceramah yang diadakan di sekitar Sik. Namun, tempahan ini adalah bermusim, memandangkan program-program berkenaan tidak diadakan setiap hari.

Kita yang terlebih upaya bagaimana?

sumber: Warta DarulAman

Tiada ulasan: