4.12.09

Sehati Beruk Berdansa


Sehati Beruk Berdansa...itulah nama rancangan yang akan aku terbitkan jika aku diberi kuasa untuk menerbitkan rancangan TV. Formatnya mudah saja. Kita pilih beruk-beruk yang cantik dan tonggek atau nak yang syok lagi yang punggungnya berwarna merah. Lepas itu, masukkan ke dalam kandang. Bagi depa menari. Terkinja-kinja.Lagi besar kangkangnya kita bagi markah 100. Kalau beruk tu boleh peluk beruk seekor lagi tu, kita tepuk kuat-kuat. Bapak Menteri tak marahlah pasal yang menari itu kan beruk. Itu tanda kasih sayang, kata Bapak Menteri. Hadiahnya? Apa lagi...pisanglah...

Tiada ulasan: