2.12.09

Tolong Selamatkan Aku Yang Ingin Berhenti Menghisap Rokok


 

Penjualan rokok kurang 20 batang dilarang mulai 1 Jun


KUALA LUMPUR: Penjualan paket rokok yang mengandungi kurang daripada 20 batang adalah dilarang mulai 1 Jun tahun depan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata sejajar dengan keputusan itu, pihak syarikat rokok diberi masa tujuh bulan mulai sekarang hingga 31 Mei ini untuk menghabiskan stok paket rokok yang kurang daripada 20 batang rokok di pasaran.

"Kerajaan tidak akan melayan sebarang rayuan ke atas perkara ini dan Kementerian Kesihatan Malaysia akan menguatkuasakan sepenuhnya larangan pengilangan dan penjualan paket rokok kurang dari 20 batang rokok mulai 1 Jun 2010," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 



Alamak...bila baca berita ni rasa macam nak berenti merokok. Kalau sekarang rokok 14 batang yang aku hisap harganya RM 5.90. Kalau 20 batang RM 8.00...kalau macam ni macam mana aku nak jadi kaya? Tak boleh jadi ni, kena berenti beli jugak.. Sapa yang ada petua nak berenti rokok, tolong selamatkan aku.

1 ulasan:

Zyma Saad berkata...

Katakan TIDAK pada ROKOK!!!!

;)