28.12.09

Tragedi di Jalanan



Petang tadi semasa dalam perjalanan pulang dari Terengganu, kami melewati dua kawasan kemalangan jalanraya yang menggemparkan negara. Pertamanya di KM 272.8 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran tol Jelapang dan satu lagi di Pekan Jitra berhampiran lampu isyarat depan Balai Polis Jitra.

Di lebuhraya, masih ada kelihatan kesan-kesan kemalangan tersebut. Laluan di situ sebenarnya sempit. Tadi pun masih ada anggota polis yang masih membuat siasatan di tempat kejadian. Kesan darah masih jelas di atas aspal. Gerun kami melihatnya sehingga membuatkan meter kelajuan keretaku menurun sehingga 80 km/j berbanding 130 km/jam sebelumnya. Terngiang-ngiang di telingaku lagu Ekamatra, Pusara di Lebuh Raya. Memang amat menyedihkan bila difikirkan punca berlakunya kejadian tersebut.

Sesampainya di Pekan Jitra, kesan kemalangan sebuah lori merempuh 3 nyawa dapat dilihat daripada dinding bangunan kedai makan di Arked Mara berhampiran Sungai Changileh. Habis berlubang dinding kedai tersebut akibat dirempuh oleh lori gila. Rempuhan itu mengakibatkan 3 nyawa melayang begitu sahaja. Apabila kami berada betul-betul di lokasi kereta mangsa tersebut, apa yang aku fikirkan ialah apa yang sedang mereka bualkan sebelum maut menerjah. Menitis air mata kami apabila mengenangkan mangsa yang paling kecil baru berusia 8 bulan.

Ya Allah, Kau tempatkan mereka ke dalam golongan yang dirahmatiMu.Amin.

2 ulasan:

Zyma Saad berkata...

Salam Cikgu.....

Sejak tragedi tu berlaku, sy jadi takut nak naik bas ekspres.

;)

winter_gurl berkata...

Salam 1 Malaysia ,

Kemalangan ini memang dapat dielakkan .

Kecuaian pemandu menjadi penyebab tragedi ini .Adakalanya kita berhati-hati tp pemandu lain pula yg cuai .

Mr lorry ,

sebelum bawa kenderaan check la kenderaan tersebut samaada dalam keadaan baik atau tidak.Klu x pandai check bawa je ke puspakom ...

Mr Puspakom,
Kurangkan harga pemerisaan kenderaan , jgn tamak sgg....minta subsidi from Gov ....Gov bg balik la duit rakyat tu .

Mr bas,
Klu bawa kenderaan jagn asyik sms ....pandu baik2 ..tengok jln raya tu ...tengok depan bukan tengok bawa ...Bas harus diperiksaan sebelum meneruskan perjalanan .

wahai pemandu2 ....pandu dengan cermat ....Nyawa anda dan nyawa org ditangan anda .


Pls .....jgn jgn jgn biarkan ia berlaku lagi .