12.1.10

Akulah Sang Badut


Bergelumang dengan budak-budak ni membuatkan aku menjadi budak-budak jugak. Kadang-kadang aku menjadi badut sarkas menggeletek mereka.
Kadang-kadang akulah pengawal penjara yang paling garang. Aku perlu menghafal nama watak kartun kegemaran mereka. Channel 611, 612, 613, 614 dan 615 perlu aku hayati supaya senang aku masuk ke dalam dunia fantasi mereka.  Mereka tak tahu politik. 

Mereka tidak tahu bergaduh. Mereka bersih. Aku perlu menjaga kesucian hati dan pemikiran mereka. Akulah sang guru. Akulah sang badut. Akulah serba segala bagi mereka. Sebagai hero mereka, aku perlu kuat dan segak sepanjang masa.


Tiada ulasan: