22.1.10

Burger Satu...!

Pastinya ramai di antara kita dah biasa makan di kedai ‘fast food’ macam McD, Kfc, Burger King, A&W dan lain-lain lagi.

Tapi tahukah kita apa gunanya plat besi yang memaparkan nombor yang biasanya diletakkan pada deretan burger atau ayam yang terdapat di belakang cashier kedai fast food tersebut?

Sila lihat foto di bawah untuk melihat gambaran yang lebih jelas tentang di mana letaknya plat angka itu:




Jadi, jika kita bertandang ke kedai fast food, lihatlah dulu angka-angka itu dan juga jarum panjang pada jam tangan kita. Kalau tak pakai jam tangan, lihatlah jam dinding.

Kenapa pulak?

Sebabnya, angka pada plat itu akan menentukan tahap kesegaran dan kualiti makanan segera itu.

Misalnya, jika kita pesan Double Cheese Burger dan cashier itu ambil burger di lorong yang angkanya 30, lihat jam tangan kita..

Kalau jarum panjang (bukan jarum pendek) di jam tangan kita belum lagi sampai angka 30, burger yang diberikan itu masih lagi segar. Kalau lebih dari 30, contohnya 35, 40, 50 ke, ertinya burger itu sudah tidak lagi ‘fresh’.

Beritahu cashier itu, saya mahu burger yang baru.

Panduan:

1) Kualiti atau kesegaran burger tahan sehingga 15 minit sahaja
2) Kualiti atau kesegaran ayam goreng dan nugget tahan sehingga 30 - 45 minit sahaja.

Nota: Tukang masak kedai fast food perlu meletakkan plat angka itu sebaik sahaja makanan itu diletakkan di rak pameran. Contohnya, jika dia masak burger dan siap pada jam 5.30 petang, maka dia akan meletakkan plat angka 45 kerana burger itu hanya tahan untuk 15 minit sahaja. Mengikut peraturan kedai fast food, pada jam 5.45 petang burger itu perlu dilupuskan jika tiada pembeli.

1 ulasan:

Zyma Da` Catwoman berkata...

Salam Cikgu....

Sy ni kalau nak makan burger atau ayam di Fast Food Restaurant kebagai, sy mmg cerewet. Minta yg itu, minta yg ini. Tukar yg itu, tukar yg ini.

Bukannya apa, kadang2 diaorg ni kasi yg makanan lama atau re-heated food.

;) Jom kita pegi makan pizza.... laparnye!!!