18.1.10

Melihat Dalam Gelap Malam


Ada orang takut pada gelap malam. Ada orang lemas duduk dalam gelap. Akupun tak suka kalau diletakkan dalam bilik gelap sorang-sorang. Namun pengalaman melihat bintang dengan anak-anakku dua tiga malam lepas membuatkan aku terfikir bahawa Allah menjadikan sesuatu itu dengan muslihat yang didalamnya terkandung eri yang kadang-kadang susah untuk dimengertikan dengan akal sekali lalu. Rupa-rupanya kegelapan itu ada gunanya. Tidak mungkin kami dapat menikmati kerdipan bintang andai malam tidak menjelma. kegelapan memberikan petunjuk untuk kami menikmati bintang di padang terbuka. Kata anakku, "mujur Allah membuat malam, kalau dak, adik tak boleh tengok bintang".

Tiada ulasan: