6.1.10

Monolog Dalaman Seorang Pemandu Kereta Dalam Perjalanan Balik Kampung Bersama Anak dan Isterinya Dari Kemaman ke Jitra


  • potong sebelah kiri – Aku tahulah kereta hang laju tapi bila hang potong belah kiri aku jadi tak perasan hang potong ngok! Aku lebih rela hang bagi hi beam kat aku dari hang potong belah kiri. 
  • bawak macam siput – Bawak kereta macam siput kat jalan satu lorong yang tak bagi can aku potong. Aku tau la jalan tu jalan kampung hang tapi kampung aku jauh lagi. Kalau hang bawak macam tu bila masa aku nak sampai. Hang takpa la rumah dekat-dekat situ jer.
  • bawak macam siput dok sebelah kanan, bagi lampu tinggi dia buat derrkk jer –  Kalau hang bawak slow duduk belah kirilah. Aku bagi lampu hang buat derrkk jer.Aku mula la naik angin. Hang belajar kat driving school mana?
  • traffic light kat roundabout – ini yang aku paling benci, mana punya tempat la dia belajar buat traffic light kat roundabout. Dah roundabout tu biar kan jer la roundabout.
  • naik motor sembang-sembang – naik motor sembang-sembang ngan kawan yang naik motor. Pastu buat jalan tu macam jalan bapak dia punya. Aku geram jer nak langgar mat-mat motor yang macam nih.. naik motor konvoi ramai-ramai tu tak per lah, jangan dok sembang-sembang sampai ke tengah jalan plak.
  • menyelit kat tol gate – Ingat hang sorang jer nak bayar tol? Orang lain bleh beratur yang hang tak boleh beratur apa kes? Dah tak tahan sangat nak terberak?
  • pam minyak sambil borak-borak – Abis isi minyak tu start keta blah la wei! Aku pun nak isi minyak jugak, ini terhegeh-hegeh…

2 ulasan:

Zyma Saad berkata...

Salam Cikgu.....

Mcm2 adooo.....
Mcm2 jenis manusia.....mcm2 ragam.

;)

liza berkata...

sabaq la... perjalanan jauh memang macm tu... kalau tiada mereka di jalanan boring pulak x dak nak marah kat sapa .