11.1.10

Sekolah Rendah Terbaik di Negeri Kedah

Kali ini nak bercerita tentang sekolah tempat aku mengajar. Dari segi sejarahnya, Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra ini terletak di Jalan Changlun kira-kira satu km dari Pekan Jitra. Tanah asalnya ialah kawasan dusun dan kebun kelapa seluas 13.0436 ekar yang dikelilingi Kampung Teluk Nibung, Kampung Nyior dan Kampung Hijrah. Sekolah ini mula membuka pintunya pada hari Rabu 11 Januari 1956 dengan nama JITRA ENGLISH SCHOOL. Ia merupakan sekolah aliran Inggeris pertama di Kubang Pasu.



Pembukaan rasmi sekolah ini telah disempurnakan oleh DYMM Raja Muda Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 9 November 1956 (Sultan Kedah masa kini). Pada tahun 1957 sekolah ini dinamakan Sekolah Sultan Ahmad Tajuddin (SSAT) iaitu mengikut nama Sultan Kedah yang ke 24 (Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah II (1854 - 1879) nenda kepada Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Nama Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin (SKSAT) dinamakan setelah semua sekolah aliran kebangsaan sepenuhnya di adakan di peringkat kebangsaan.


Sekolah ini sekarang menjadi sebuah sekolah yang terkenal bukan setakat di negeri Kedah tetapi di peringkat kebangsaan dengan pelbagai kejayaan samada dari segi akademik ataupun ko kurikulumnya. Keputusan UPSR tahun 2009 yang lalu pantas mengangkat sekolah ini sebagai sekolah terbaik di negeri Kedah. Semua anugerah Kementerian Pelajaran telah berjaya disapu olehnya. 


Pendek ceritanya, memang berbaloi dengan kerja buat guru-gurunya. Banyak pengorbanan dan airmata tumpah demi untuk kejayaan anak bangsa yang kadang-kadang disalahertikan oleh masyarakat. (sentap lah pulak ya). Masuk tahun ke 10 aku di sini, rupanya masih banyak yang perlu dilakukan. Doakan usaha kami ini diberkatiNya.

4 ulasan:

winter_gurl berkata...

Cikgu ,

keep your good work ,
Sumbangan dan khidmat anda diperlukan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan terbilang yang akan berbakti kepada negara dan rakyat.:)

mycaklempong berkata...

Berkhidmat Untuk Negara !

kuina berkata...

moga terus berjaya...

najwa berkata...

salam cikgu.
ya, benar. sememangnya sekolah ini memberikan begitu banyak erti bagi insan yang memahami. tiada tempat yang dapat mengukir kenangan indah di dalam memori minda melainkan sekolah rendah. walaupun sksat jauh di mata, sebenarnya ia dekat di hati. terlalu hampir sehingga membeningkan mutiara jernih di pipi sesiapa sahaja. mudah sahaja mencipta kekecohan, namun tidak susah untuk mengukir senyuman di hati kita. bersyukurnya jadi pelajar di sini. :) bila laa dapat jejak kaki ke sini.. ? hmm...