2.2.10

Aku yang Tidak Bertuah di Acara Cabutan Bertuah


Aduh...terkilan ada, menyesal pun ada. Petang tadi kami mengikuti acara cabutan bertuah sempena karnival pendidikan yang diadakan di Dewan Wawasan, Jitra. Kami sekeluarga berada di situ jam 6 petang. Tunggu punya tunggu, aku yang dah jemu menunggu mengajak isteriku pulang. "Lima minit lagi bang", kata isteriku. Anak-anakku dah mula merengek kelaparan. Kami pun keluar dewan untuk makan dan minum. Dalam pukul 7.15 malam kami masuk balik ke dalam dewan. Lebih kurang 15 minit menunggu, aku memutuskan untuk pulang dan melupakan cabutan bertuah tersebut. Sesampainya di rumah, selepas solat maghrib, kawan isteriku menelefion dan memberitahu bahawa nama isteriku naik sebagai pemenang. Nak tahu apa hadiahnya? Sebuah peti ais dua pintu. Paling murah pun harganya RM 1000.00. Apa nak dikata, kalau dah bukan rezeki kami. Hanya lima minit memisahkan kami dengan peti ais tersebut. Takpalah, mungkin ada orang lain yang lebih memerlukan peti ais tersebut. Lagipun seperti yang anak sulungku kata, kalau peti ais banyak pun nak buat apa? Hari ini ternyata kami tidak bertuah di acara cabutan bertuah.

Tiada ulasan: