6.2.10

Antara Makan Babi dan Makan Rasuah




Yang manakah lebih teruk siksaan nerakanya, makan babi atau makan rasuah? 

Kalau makan babi, hanya melibatkan diri individu yang makan. Dosanya lebih 

mudah diampunkan oleh Allah sebab pelakunya antara individu tersebut

dengan Allah Maha pengampun. Makan rasuah? Lebih teruk sebab ia 

mengambil, menggunakannya untuk diri, keluarga dan masyarakat. Hasil 

haram dari rasuah melibatkan ramai orang dan sambung menyambung. Dosa

kepada orang ramai perlu permohonan maaf. 

Sanggup ke?

*diolah dari tulisan Dr. Mohd Redhuan Tee Abdullah




Kajian yang dilakukan oleh Transparency International Malaysia yang mengatakan bahawa golongan berpendapatan tinggi di Malaysia lebih cenderung memberi rasuah kepada pihak berkuasa. Menurut kajian itu, golongan berpendapatan bulanan RM5,000 ke atas didapati paling ramai memberi rasuah iaitu 52%, diikuti kumpulan berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM5,000 (40%), RM1,501 - RM3,000 (31%) dan kurang RM1,500 (18%) (Berita Harian 6 Mac 07).

Tiada ulasan: