4.2.10

Anwar vs Saiful



Hari ini bermulalah episod perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seperti jangkaan ramai, hari ini keluarlah cerita-cerita yang agak tak sesuai

didengar. Pihak media tentunya berlumba-lumba untuk menarik perhatian 

pembaca. Sudah tentu wartawan yang dihantar untuk membuat liputan 

adalah wartawan terbaik mereka. Cuma yang membimbangkan adalah 

paparan isi perbicaraan yang kadang-kadang terlalu berterus-terang 

menceritakan setiap inci peristiwa yang berlaku. Bayangkan seorang 

anak kecil berusia 10 tahun bertanya ayahnya apa maksud  

"can I **** you today?"

Maka bersilatlah si ayah untuk menerangkan maksudnya. 

Harap-harap kali ini, janganlah media

terlalu terperinci laporannya. Fikirkan sama pembaca muda yang belum 

mengerti apa-apa. Lembutkanlah bahasa yang digunakan. Lunakkanlah 

bunyinya. Kita imbas tajuk akhbar berkaitan perbicaraan hari ini : 


Kosmo - " Saiful buka baju, Anwar tutup langsir "

Berita Harian - " Anwar marah, Saiful takut "

Harian Metro - " Masuk bilik pakai tuala "

Menarik bukan tajuknya?

Tiada ulasan: