14.2.10

Artis Malaysia ...? Cis.....!



Selepas ini berdentum-dentamlah artis Malaysia memberi komen balas terhadap apa yang diluahkan oleh Wardina Saffiyah tentang kerendahan moral artis kita. Aku bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Wardina. Dengan tidak menidakkan sumbangan beberpa orang artis yang jelas halatujunya, artis Malaysia memang bodoh lagi menyesatkan.. Seperti masyarakat Malaysia yang agak konservatif, aku sendiri tidak akan membenarkan anak-anak aku menjadi pemuja kepada golongan sesat ini. Punca mereka menjadi tidak ketahuan ini adalah kerendahan akal dan tiada nilai budi di dalam diri masing-masing. Mereka lebih asyik bercerita tentang jantan dan betina yang menjadi teman mereka, bercerita tentang kemewahan yang tak seberapa dan hal-hal yang memualkan. Peranan wartawan hiburan tidak boleh kita ketepikan. Merekalah selama ini yang membentuk pemikiran bodoh artis-artis kita. Memang ada artis-artis Malaysia yang boleh dicontohi, tetapi bilangannya berapa kerat? Jiwa artis Malaysia kosong dengan pengisian ilmu yang berguna. Orang seni kononnya. Mereka berbuat sesuka hati dengan memegang pegangan bahawa itulah seni. Seni apa?

2 ulasan:

Zyma Da` Catwoman berkata...

Salam Cikgu.....

Ada artis yg b`moral & ada juga yg tidak b`moral. Kita sendiri yg perlu bijak m`nilai.

:)

mycaklempong berkata...

saya tujukan kepada artis yg tak bermoral...artis macam Aznil, M.Nasir kita kena sokonglah...