21.2.10

Bantah IFC !


IFC ( Interfaith Commission ) ialah satu gerakan anti-Islam yang didalangi oleh beberapa pemimpin dalam Pakatan Rakyat antaranya adalah Sivarasa a/l Rasiah ( Naib Presiden PKR ), Tian Chua ( Ketua Penerangan PKR ), Ronnie Liu ( Setiausaha Hal Ehwal Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan DAP Pusat ), Elizabert Wong Keat Peng ( Ketua Penerangan Wanita PKR ) dan juga NGO-NGO yang lain. Antara lain tuntutan-tuntutan IFC adalah:

- Anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

- Orang bukan Islam yang memeluk agama Islam hendaklah diberi kebebasan keluar dari Islam tanpa dikenakan tindakan undang-undang.

- Kes orang Islam yang keluar dari agamanya hendaklah dikendalikan oleh mahkamah sivil.

- Perkataan Islam tidak perlu dicatatkan dalam mykad seorang Muslim.

- Orang bukan Islam tak perlu peluk Islam sekiranya berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam pula dibenarkan murtad jika ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh diambil tindakan undang-undang.

- Suami isteri yang memeluk Islam tidak berhak diberi Hak Penjagaan Anak.

- Orang yang bukan Islam berhak menuntut harta pusaka ahli keluarganya yang telah mati dalam Islam.

- Kerajaan mesti menyiapkan dana yang cukup untuk membina dan menyelenggara rumah ibadat orang bukan Islam serupa untuk orang Islam.

- Orang bukan Islam tidak boleh dilarang dari menggunakan perkaaan-perkataan suci Islam.
 
- Bible dalam Bahasa Malaysia dan Indonesia dibenarkan pengedarannya kepada umum secara terbuka.


Selama ini kita asyik mengalah. Jangan sampai maruah Islam tergadai. Jangan disebabkan nafsu politik, kesucian agama Islam boleh dimainkan sewenang-wenangnya. Marilah kita sama-sama berdoa dan bertindak agar tuntutan-tuntutan di atas tidak dipenuhi oleh pimpinan kerajaan kita.

Tiada ulasan: