24.2.10

Cerita Empunya Blog

Entri kali ini berkisar tentang diri sang penulis .Khabar angin bertiup kencang memberitahu bahawa hayat sang penulis di sekolah tempatnya bertugas sekarang tidak lama. Mungkin akan ditukarkan ke sebuah sekolah di sekitar daerah ini. Dengan hati terbuka, berita ini diterima oleh sang penulis. Tiada apa yang digusarkan. Tiada apa yang dikelirukan. Perintah tetap perintah. Walau apa alasannya, perintah harus dipatuhi. Apakah ini suatu pembalasan atau apa? Mungkin kekhilafan sang penulis suatu ketika dahulu telah menjerat dirinya sendiri? Adat perjuangan begitulah, akan ada yang terkorban. Kita tunggu dan lihat apa seterusnya tindakan sang penguasa di atas pundak kuasa.

beza lembu dan manusia?
manusia boleh dicucuk hidung, manusia....?

Tiada ulasan: