8.2.10

Cinta Sangatlah Tu Kononnya...


BUTERWORTH: Persatuan Ulama Cawangan Pulau Pinang (PUMPP) bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memerangi iklan kurang ajar yang menyeru pasangan muda-mudi Islam meraikan Hari Kekasih pada 14 Februari ini.

Sambutan hari berkenaan dikaitkan sering diraikan secara tidak bermoral seperti menghabiskan waktu malam dengan pasangan, bergaul bebas dan diakhiri dengan pesta seks.

Malah, ada pihak tidak bertanggungjawab dan bertindak biadab mengiklan sambutan Hari Kekasih serta menyarankan agar gadis tidak memakai seluar dalam ketika keluar dengan pasangan.

Berikutan tindakan kurang ajar itu, Urusetia Menangani Gejala Sosial (Unggas) yang bernaung di bawah Persatuan Ulama Pulau Pinang dengan kerjasama Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API) serta Komuniti Suara Kehidupan (Kosuke) akan melancarkan kempen ‘Jerat Hari Kekasih’.

Jurucakap Unggas, Nurfitri Amir Muhammad, berkata sepanjang kempen berkenaan, pihaknya turun padang dan mengedar 3,000 poster serta cakera padat (CD) mengandungi ceramah kesedaran di asrama institusi pengajian tinggi (IPT) serta sekolah bagi mencegah remaja Islam menyambut Hari Kekasih.

dipetik dari Harian Metro, 8 Januari 2010 




 _______________________________________________________________________________________


Asal-usul Hari Valentine.

Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi 

Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom 

ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius 

II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II 

telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana 

mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. 

Oleh kerana Valentine seorang 

penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, 

diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. 

Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa

valentine adalah sempena hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. 

Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari 

kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM!

Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. 

Renunglah sendiri. Sebarkan berita ini kepada sesiapa yang kita kenal.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

singah sebentar

Tanpa Nama berkata...

singah sepetang bersama dengan mycaklempong.... isu-isu yang menarik..