21.2.10

Keputusan 4 Nombor Ekor

 

Apakah menjadi satu kemestian untuk menyiarkan keputusan 4 nombor ekor dalam akhbar berbahasa Melayu yang majoritinya dibaca oleh orang Melayu Islam? Apakah wartawan beragama Islam tidak merasakan bahawa pendapatan mereka tidak diberkati Allah? .Mungkin tuntutan pendapatan dari sumber iklan yang lumayan menutup mata pihak akhbar terbabit? Entahlah, aku tak tahu nak menjawabnya. Dulu-dulu keputusan nombor ekor ini disiarkan dalam ruangan yang kecil sahaja tetapi sekarang sampai 2 mukasurat dikhaskan untuk nombor-nombor haram ini.


Allah SWT telah memperingatkan dengan tegas 
mengenai bahaya judi ini di dalam surat Al-Maidah ayat 90 - 91 yang ertinya, 

"Hai orang-orang mukmin! Sesungguhnya arak dan judi dan berhala dan azlam adalah kotor, berasal dari perbuatan setan; oleh kerana itu, jauhilah supaya kamu beruntung. Sesungguhnya setan hanya bermaksud akan menjatuhkan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan permainan judi serta akan menghalangi kamu dari ingat kepada Allah dan salat; oleh kerana itu apakah kamu mau berhenti?" 

4 ulasan:

winter gurl berkata...

Salam cikgu ,

Orang tamak memang gitu , nampak duit terus buta .

Peraturan melarang peniaga menjual rokok kepada remaja bawah umur tidak dihirau ,malahan perniaga tersebut turut menjual rokok kepada pelajar yang siap dengan berpakaian seragam sekolah ...Perosak masyarakt ...

Ini apatah lagi iklan yang membawa keuntungan . mmmm apa nak jadi dengan mereka ...

Zyma Da` Catwoman berkata...

Salam Cikgu.....

Sama2 la kita jauhi nombor2 haram ni......takde manfaat, malah akan pendek rezeki.

:)

mycaklempong berkata...

macam tu la dunia sekarang ni. Tanggungjawab siapa sebenarnya ya...

kuina berkata...

selagi banyak pihak dpt keuntungan selagi itu tak terhapus...

undang2 ada tp penguatkuasaannya lemah.